Dihimpit kemiskinan, nenek tidur dalam almari di tepi jalan - Utusan Malaysia

Dihimpit kemiskinan, nenek tidur dalam almari di tepi jalan

SAMIYAH terpaksa membengkokkan kakinya untuk tidur di dalam almari kecil yang dijadikan sebagai ‘rumahnya’ di Genteng, Surabaya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Sebuah almari kayu berukuran 75 sentimeter (cm) tinggi dan 100 cm panjang menjadi ‘rumah’ kepada seorang wanita warga emas sejak beberapa tahun lalu.

Jika dilihat, almari kecil itu tidak layak untuk dijadikan tempat tidur, namun Samiyah, 70, tidak mempunyai pilihan kerana dihimpit kemiskinan.

Wanita itu menceritakan, ketika tidur, dia perlu membengkokkan kakinya bagi memuatkan tubuhnya di dalam almari tersebut.

“Saya meminta tukang perabot buatkan almari ini dan membayarnya 300,000 rupiah (RM87) kerana saya takut tidur di luar.

“Walaupun kecil, tapi almari ini membuatkan saya berasa sangat selamat dan tenang,” katanya.

Samiyah sehingga kini menyara hidupnya dengan menjual kopi, mi segera dan rokok di Genteng, Surabaya dan memperoleh kira-kira 50,000 rupiah (RM14) sehari.

Wanita yang sudah kematian suami sejak tujuh tahun lalu itu memberitahu, duit tersebut digunakan untuk membeli makanan dan barangan  keperluan lain.

Samiyah turut memberitahu, dia tidak mempunyai kad pengenalan selepas dirampas oleh polis selepas didakwa melanggar undang-undang.

Katanya, dia tidak mahu menagih simpati orang ramai dan cuma berharap dia diberi kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya