Covid-19: AS larang rakyat ke Denmark dan Jerman - Utusan Malaysia

Covid-19: AS larang rakyat ke Denmark dan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dan Jabatan Negara AS mengeluarkan notis larangan perjalanan ke Jerman dan Denmark kepada penduduk negara ini susulan peningkatan kes Covidi kedua-dua negara tersebut.

CDC menetapkan situasi jangkitan di kedua-dua negara tersebut pada ‘Tahap Empat: Sangat tinggi’.

Sehingga kini, CDC menyenaraikan 75 destinasi di seluruh dunia dalam Tahap Empat dengan kebanyakannya melibatkan negara Eropah termasuk Austria, Britain, belgium, Greece, Norway, Switzerland, Romania, Ireland dan Republik Czech.

Singapura dan Malaysia turut tersenarai dalam negara Tahap Empat.

Pada awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan banyak negara Eropah merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan pihak berkuasa bertungkus-lumus mengekang penularan dengan melaksanakan semula sekatan.

“Kadar jangkitan Covid-19 di benua Eropah ketika ini ‘amat membimbangkan’.

“Kita perlu menukar taktik bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata Ketua WHO Eropah, Hans Kluge. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya