China tangkap banduan asal Korea Utara yang lolos penjara sejak bulan lalu - Utusan Malaysia

China tangkap banduan asal Korea Utara yang lolos penjara sejak bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Polis China menahan banduan yang berasal dari Korea Utara selepas lolos dari penjara pada Oktober lalu dan menjadi buruan pihak berkuasa selama lebih 40 hari.

Pihak berkuasa di timur laut China sebelum ini menawarkan ganjaran sebanyak AS$23,000 (RM97,531) kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap banduan tersebut.

Banduan berusia 39 tahun yang dikenali dengan nama Cina, iaitu Zhu Xianjin dipenjara di negara ini selepas melarikan diri dari Korea Utara.

Xianjin lolos dari penjara di bandar Jilin pada 18 Oktober lalu sebelum ditangkap semula hari ini.

Lelaki itu dipenjara selepas didapati memasuki negara ini secara salah, selain terlibat dalam kegiatan rompakan dan dijangka dihantar pulang ke Korea Utara pada 2023.

Insiden itu secara tidak mencetuskan spekulasi lelaki tersebut melarikan diri kerana mungkin enggan dihantar pulang ke Korea Utara.

Xianjin masuk ke China dengan menyeberangi sungai yang memisahkan negara ini dengan Korea Utara pada 2013 sebelum ditahan pihak berkuasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya