China nasihat rakyat buat stok makanan, bimbang bekalan tidak mencukupi - Utusan Malaysia

China nasihat rakyat buat stok makanan, bimbang bekalan tidak mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Semua keluarga di China dinasihatkan supaya membuat stok simpanan barang keperluan harian sebagai langkah persediaan jika berlaku peningkatan permintaan mendadak.

Kerajaan China ketika ini bertungkus-lumus memastikan bekalan makanan mencukupi menjelang musim sejuk.

Kementerian Perdagangan dalam kenyataan menggesa penduduk tempatan menyimpan stok makanan bagi memastikan bekalan dan harga berada pada paras stabil.

Orang ramai dinasihatkan supaya membeli sayuran yang boleh disimpan lama dan mengukuhkan rangkaian penghantaran kecemasan bagi menjamin pengedaran bekalan makanan yang lancar.

Hujan lebat di negara ini menyebabkan harga sayuran meningkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai harga makanan.

Kelmarin, China memaklumkan kerajaan akan memperkasakan usaha untuk mengurangkan kerugian bijirin ketika penuaian dan sisa makanan di dapur di seluruh negara. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya