China berdepan penularan besar jangkitan varian Delta - Utusan Malaysia

China berdepan penularan besar jangkitan varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China sedang bergelut mengekang penularan Covid-19 terbesar dalam tempoh beberapa bulan disebabkan penularan varian Delta yang sangat mudah berjangkit.

Lapor Reuters, beberapa kawasan di negara itu mengehadkan kemasukan individu dari bandar timur laut yang menyaksikan jangkitan Covid-19 meningkat lebih cepat berbanding tempat lain di negara itu.

Sejumlah 1,308 jangkitan tempatan dengan simptom disahkan dilaporkan di China antara 17 Oktober hingga 14 November lalu, sekali gus mengatasi penularan Delta musim panas.

Jangkitan itu merupakan penularan varian Delta paling meluas di China yang menjejaskan 21 wilayah dan daerah.

Meskipun jumlahnya jauh lebih rendah berbanding yang dicatatkan di negara lain, tetapi ia tetap menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa China untuk menyekat penularan di bawah panduan toleransi sifar pemerintah.

Lebih 10 wilayah berjaya mengekang peningkatan kes sejak beberapa minggu lalu hasil pelaksanaan pantas langkah sekatan yang ketat termasuk pengesanan kontak rapat, ujian calitan penduduk di kawasan berisiko, penutupan tempat hiburan dan kebudayaan.

Bandar Dalian yang terletak di timur laut negara bergelut dengan virus itu dengan purata 24 kes tempatan baharu setiap hari melebihi dari mana-mana bandar lain di China.

Sehingga 14 November lalu, China merekodkan jumlah kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 98,315.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya