Ahli politik terjatuh tunggangi lembu 'naik minyak' - Utusan Malaysia

Ahli politik terjatuh tunggangi lembu ‘naik minyak’

TANGKAP layar menunjukkan anggota DPRD Sleman, Raudi Akmal terjatuh selepas lembu yang ditungganginya mengamuk di Yogyakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Seekor lembu tunggangan ‘naik minyak’ dalam satu karnival di Sleman menyebabkan seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, anggota DPRD Sleman, Raudi Akmal menunggang lembu itu bagi menyertai karnival yang berlangsung.

RAUDI AKMAL

Namun, ketika perarakan, lembu itu tiba-tiba mengamuk menyebabkan Raudi terjatuh dan insiden itu sempat dirakam orang ramai yang menghadiri karnival tersebut.

Selepas kejadian itu, Raudi dikejarkan ke hospital dan beliau dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, karnival yang berlangsung di Desa Wisata Gorongan itu dirasmikan oleh Ketua Daerah Sleman, Kustini Sri Purnomo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya