fbpx

22 Januari 2022, 1:34 am

Agnez Mo artis paling kaya di Indonesia

AGNEZ MO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Agnez Monica dinobatkan sebagai selebriti terkaya di negara ini pada tahun 2021.

Penyanyi wanita itu dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak 452 bilion rupiah (RM133.8 juta).

Kekayaan penyanyi tersebut disumbangkan oleh penglibatannya dalam pelbagai sektor termasuk perniagaan dan menjadi duta produk.

Aktor sinetron, Raffi Ahmad menjadi selebiti kedua paling kaya di Indonesia pada tahun ini.

Rezeki pelakon itu semakin mencurah-curah selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.

Raffi dan keluarganya sering dipilih menjadi duta pelbagai produk, termasuk pakaian dan makanan.

Hasil kerja keras Raffi menjadikan nilai harta kekayaannya dianggarkan sebanyak 400 bilion rupiah (RM118.3 juta).

Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Inul Darastita turut tersenarai sebagai artis paling kaya di negara ini.

Di tempat ketiga, Inul mengumpul harta kekayaan kira-kira 300 bilion rupiah (RM88.7 juta).

Turut tidak ketinggalan adalah penyanyi cantik Syahrini yang tersenarai sebagai artis keempat paling kaya di Indonesia.

Terkenal dengan alunan suara yang merdu dan penampilan glamor, Syahrini dianggarkan mempunyai harta kekayaan sebanyak 280 bilion rupiah (RM82.8 juta).

Sementara itu, penyanyi legenda Indonesia, Krisdayanti berada di tempat kelima artis paling kaya di Indonesia bagi tahun ini.

Krisdayanti dianggarkan mempunyai harta kekayaan sebanyak 270 bilion rupiah (RM79.9 juta).

POPULAR

KOSMO! TERKINI