fbpx

9 Disember 2021, 6:52 pm

  TERKINI

5 maut, 15 cedera letupan bom kereta di Mogadishu

POLIS dan orang ramai berada di lokasi kejadian letupan bom di Mogadishu, Somalia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Lima orang maut dan 15 lagi cedera dalam insiden letupan bom kereta berhampiran sebuah sekolah di ibu negara Somalia.

Ia merupakan serangan terbaharu yang melanda negara bergolak itu.

“Lima orang disahkan meninggal dunia dan 15 lagi cedera dalam kejadian itu.

“Setakat ini, kami tidak dapat pastikan sasaran serangan namun ada kenderaan pengiring keselamatan persendirian yang melalui kawasan tersebut,” kata pegawai keselamatan, Mohamed Abdillahi.

Katanya, seramai 11 pelajar merupakan antara mangsa yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Ambulans Aamin Mogadishu, Abdikadir Abdirahman berkongsi beberapa gambar kejadian dalam Twitter.

Beliau turut menyifatkan insiden letupan bom itu sebagai tragedi yang buruk.

Kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. – AFP

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI