20 maut pos keselamatan di Burkina Faso diserang - Utusan Malaysia

20 maut pos keselamatan di Burkina Faso diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURKINA FASO: Sekurang-kurangnya 19 anggota tentera dan seorang rakyat biasa maut selepas diserang kumpulan lelaki bersenjata di utara Burkina Faso.

Lapor Reuters, lokasi kejadian melibatkan wilayah tiga sempadan yang diperangi oleh pihak kerajaan terhadap kumpulan bersenjata selama ini.

Menteri Keselamatan, Maxime Kone berkata, jumlah kematian akibat serangan terhadap pos polis tentera berhampiran lombong emas di Inata dijangka meningkat.

“Pagi ini kita mengalami serangan pengecut dan biadab.

“Tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan,” katanya.

Serangan terkini itu merupakan nahas paling dahsyat terhadap pasukan pertahanan dan keselamatan sejak Burkina Faso dicengkam konflik pada 2015.

Nahas berlaku dua hari selepas satu lagi serangan menyebabkan tujuh anggita polis terbunuh di kawasan berhampiran Niger dan Mali.

Serangan kumpulan bersenjata dikaitkan dengan militan Daesh terus meningkat di kawasan tiga sempadan, walaupun terdapat beribu-ribu anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tentera wilayah dan barat serta usaha beberapa kerajaan untuk berunding dengan penyerang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya