10 pelarian maut dalam bot di perairan Libya - Utusan Malaysia

10 pelarian maut dalam bot di perairan Libya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIBYA: Seramai sepuluh orang ditemukan maut dalam sebuah bot yang penuh sesak membawa pendatang di luar perairan Libya.

Menurut Doctors Without Borders, kesemua mangsa mati dipercayai akibat sesak nafas.

Badan amal itu berkata, kapal penyelamat Geo Barents berusaha memindahkan 99 mangsa lain yang terselamat, semalam.

“Mangsa yang mati ditemukan di bahagian bawah bot kayu yang penuh sesak itu.

“Mangsa maut selepas 13 jam hanyut di lautan,” ciap badan amal itu dalam Twitter.

Sebanyak 10,000 pelarian mencari peluang memasuki Eropah setiap tahun menerusi perairan Mediterranean selepas meninggalkan Libya dan Tunisia.

Kebanyakan pelarian berusaha memasuki Itali.

Bagaimanapun, Agensi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memaklumkan seramai 1,236 pelarian maut sepanjang tahun ini di perairan itu, berbanding 858 dalam tempoh sama tahun lalu.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya