10 destinasi terbaik tahun 2022 - Utusan Malaysia

10 destinasi terbaik tahun 2022

GAMBAR dari udara menunjukkan Pulau Rarotonga yang merupakan pulau terbesar di Kepulauan Cook. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketika kebanyakan sempadan negara mula dibuka semula secara perlahan-lahan berikutan pandemik Covid-19, aktiviti percutian semakin menjadi tumpuan ramai.

CNN melaporkan, Lonely Planet baru-baru ini mendedahkan senarai 10 bandar, wilayah dan negara terbaik untuk dikunjungi pada 2022.

Berikut senarai 10 negara terbaik:

 

  1. Kepulauan Cook

Kepulauan Cook yang terletak di tengah-tengah Pasifik Selatan berada pada kedudukan teratas dalam senarai negara terbaik tahun 2022.

Kepulauan itu menawarkan pelbagai aktiviti sukan rekreasi air menarik seperti snorkeling, menyelam dan memancing.

 

  1. Norway 

Pengunjung yang mahu menikmati suasana aman boleh mengunjungi Bokeskogen yang merupakan hutan pokok bic paling utara di dunia.

Perjalanan ke Bokeskogen mengambil masa kira-kira dua jam dari bandar Oslo, jadi pengunjung boleh merasai pengalaman bandar dan luar bandar pada hari yang sama. 

 

  1. Mauritius

Destinasi ini dihuni oleh masyarakat berbilang kaum dan menawarkan aktiviti sukan air, mendaki gunung, penginapan mewah serta pelbagai tempat pelancongan menarik. 

 

  1. Belize

Di Belize, pengunjung dapat meneroka runtuhan purba Mayan, berenang di perairan biru dan melihat kehidupan liar yang menakjubkan.

Negara ini juga memiliki Belize Barrier Reef Reserve System yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO.  

 

  1. Slovenia

Memandangkan Slovenia merupakan sebuah negara yang kecil, pengunjung boleh melawat pelbagai lokasi menarik dalam masa yang singkat, dari Tasik Bled sehingga ibu kota Ljubljana yang sibuk. 

Sementara itu, Anguilla menduduki tempat keenam dalam senarai negara terbaik untuk dikunjungi pada 2022.

Menurut laporan itu, Oman berada di tempat ketujuh manakala Nepal pada tangga kelapan dalam senarai berkenaan.

Malawi dan Mesir pula masing-masing menduduki tempat kesembilan dan ke-10 bagi senarai negara terbaik untuk dikunjungi pelancong pada 2022.  

 

Senarai 10 wilayah terbaik: 

  1. Westfjords, Iceland
  2. West Virginia, Amerika Syarikat (AS)
  3. Xishuangbanna, China
  4. Kent’s Heritage Coast, United Kingdom (UK)
  5. Puerto Rico, AS
  6. Shikoku, Jepun
  7. Atacama Desert, Chile
  8. The Scenic Rim, Australia
  9. Vancouver Island, Kanada
  10. Burgundy, Perancis

 

Senarai 10 bandar terbaik: 

  1. Auckland, New Zealand
  2. Taipei, Taiwan
  3. Freiburg, Jerman
  4. Atlanta, AS
  5. Lagos, Nigeria
  6. Nicosia/Lefkosia, Cyprus
  7. Dublin, Ireland
  8. Merida, Mexico
  9. Florence, Itali
  10. Gyeongju, Korea Selatan
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya