Warga emas buktikan usia 70 tahun mampu lahirkan anak pertama - Utusan Malaysia

Warga emas buktikan usia 70 tahun mampu lahirkan anak pertama

RABARI (kanan) dan suaminya, Maldhari dari Gujarat bersama cahaya mata pertama mereka.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang wanita berusia 70 tahun mendakwa berjaya melahirkan anak pertama sekali gus memecah rekod dunia sebagai wanita paling tua dikurniakan cahaya mata.

Jivunben Rabari dan suaminya, Maldhari, 75, menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan anak lelaki, lapor Daily Mail.

Rabari dan Maldhari tinggal di sebuah perkampungan kecil di Mora, Gujarat dan sudah mendirikan rumah tangga selama 45 tahun.

Pasangan itu sudah mencuba pelbagai cara bagi mendapatkan anak, namun gagal sejak berpuluh tahun.

Bagaimanapun, seorang wanita India lain, Erramati Mangayamma dipercayai memegang rekod tersebut selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada September 2019, ketika berusia 74 tahun.

Doktor yang merawat pasangan itu, Naresh Bhanushali berkata, kes tersebut adalah paling jarang berlaku yang pernah disaksikannya.

Katanya, ketika pasangan itu berjumpa dengan dirinya buat kali pertama, dia memberitahu mereka tidak boleh memiliki anak kerana faktor usia.

“Namun, mereka tetap bersungguh inginkan anak kerana alasan ahli keluarga lain melakukan perkara sama,” katanya.

Peluang golongan wanita mendapatkan anak ketika berusia 70 tahun adalah sangat tipis kerana kebanyakan wanita menopaus ketika mencecah usia 40 hingga 50 tahun.

Namun, Persatuan Perubatan Reproduktif Amerika (ASRM) mendakwa mana-mana wanita dari pelbagai peringkat usia boleh mengandung menerusi bantuan perubatan dengan syarat mempunyai ‘rahim normal’ walaupun tidak mempunyai ovari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya