BERLIN: Seorang wanita berusia 96 tahun di Jerman menghadapi pertuduhan membantu dan bersekongkol dalam pembunuhan melibatkan 11,387 kes di sebuah kem Nazi.
Irmgard Furchner melarikan diri Khamis lalu sebelum diadili di mahkamah.
Tertuduh adalah seorang jurubahasa di pejabat komandan kem di Stutthof.
Dia dituduh bertanggung jawab membantu pembunuhan sistematik terhadap tahanan antara 1943 hingga 1945.
Jurucakap mahkamah di Itzehoe, Frederike Milhoffer berkata, wanita itu berjaya diberkas semula oleh pihak polis.
Katanya, pihak berkuasa membuat penilaian sama ada dia boleh dipenjarakan atau sebaliknya.










