Wanita dipenjara enggan patuhi waktu melawat hospital - Utusan Malaysia

Wanita dipenjara enggan patuhi waktu melawat hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang wanita dipenjara sehari gara-gara tidak mahu keluar dari hospital kerana ingin menemani anaknya yang menjalani pembedahan otak.

Lynn Savage, 70, didakwa menceroboh selepas dia enggan mematuhi waktu melawat yang ditetapkan oleh Hospital UF Health North di Jacksonville.

“Saya tidak sanggup untuk meninggalkan anak saya yang lumpuh dan tidak tahun bercakap seorang diri selepas dia menjalani pembedahan otak.

“Doktor juga meminta bantuan saya untuk menenangkan anak saya ketika dia meronta selepas pembedahan,” katanya seperti yang dilaporkan New York Post.

Savage memberitahu, dia sudah berada di hospital sejak pukul 6 pagi sehingga waktu melawat tamat pukul 7 malam.

Selepas waktu melawat berakhir, wanita itu diarahkan oleh jururawat supaya pulang ke rumah, namun dia berkeras tidak mahu meninggalkan anaknya berseorangan.

Selepas itu, jururawat memanggil pengawal keselamatan dan cuba memujuk Savage keluar, namun tetap tidak berhasil.

Selepas beberapa jam, akhirnya pihak hospital menghubungi polis dan Savage dibawa keluar dari premis tersebut dengan tangan bergari.

Dia kemudiannya bermalam di dalam penjara selama sehari sebelum dibebaskan.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan, semuanya demi anak saya.

“Biarpun tangan saya bergari ketika keluar dari hospital, tiada apa yang perlu dimalukan,” ujarnya.

Sementara itu, pihak hospital memaklumkan waktu melawat perlu dipatuhi semua pengunjung memandangkan situasi Covid-19 ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya