Tujuh sekeluarga rentung dalam kebakaran di timur Pakistan - Utusan Malaysia

Tujuh sekeluarga rentung dalam kebakaran di timur Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Tujuh sekeluarga termasuk wanita dan kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di daerah Muzaffargarh, wilayah Punjab, timur Pakistan.

Lapor Xinhua, kejadian itu disahkan oleh pihak pentadbiran daerah.

Media tempatan melaporkan kesemua ahli keluarga sedang tidur ketika rumah mereka terbakar.

“Ketika kejadian, mangsa tidak sempat melarikan diri dan mereka semua rentung dalam kebakaran itu,” lapor media dengan memetik kenyataan seorang pegawai situasi kecemasan daerah.

Jelas laporan itu, antara mangsa maut terdiri daripada dua wanita dan empat kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga 10 tahun.

Polis sudah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya