Tak siap kerja sekolah punca dipukul guru - Utusan Malaysia

Tak siap kerja sekolah punca dipukul guru

KEADAAN mangsa selepas dimasukkan ke Hospital Kalabahi, Alor.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seorang pelajar sekolah menengah maut dipukul oleh seorang guru gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah.

Lapor CNN Indonesia, mangsa dikenali sebagai MM dipukul di bahagian kepala dan ditendang oleh gurunya kerana kesal tugasan yang diberikan tidak disiapkan.

Mangsa berusia 13 tahun juga dicederakan oleh gurunya menggunakan belahan buluh.

Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kalabahi bagi menerima rawatan.

Selepas sepuluh hari dirawat, mangsa disahkan meninggal dunia Selasa lalu.

Guru yang dikenali sebagai SK diberkas oleh pihak polis dan ditahan di Pejabat Polis Alor.

Jenazah mangsa masih ditahan untuk proses bedah siasat di  Hospital Kalabaho, Alor, Nusa Tenggara Timur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Alor, Agustinus Christmas bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN