Sudan diisytihar darurat, kerajaan peralihan dibubarkan - Utusan Malaysia

Sudan diisytihar darurat, kerajaan peralihan dibubarkan

JENERAL ABDUL FATTAH AL-BURHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Ketua Majlis Tertinggi, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan serta pembubaran kerajaan peralihan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Abdalla Hamdok.

Abdul Fattah berkata, perbalahan antara parti politik menyebabkan pihak tentera terpaksa campur tangan.

Namun, beliau berjanji akan memastikan proses peralihan negara mengikut lunas demokrasi.

Jelasnya, kerajaan teknokrat baharu akan mengambil alih sementara Sudan sehingga proses pilihan raya selesai.

Terdahulu, Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok yang dikenakan tahanan rumah dibawa oleh pihak tentera ke lokasi yang tidak diketahui.

Stesen televisyen tempatan, Al-Hadath TV turut melaporkan beberapa pemimpin negara turut ditahan.

Susulan itu, ribuan orang awam berhimpun di jalanan membantah rampasan kuasa kumpulan tentera.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya