Seorang maut, tiga cedera dalam serangan bom di Kampala - Utusan Malaysia

Seorang maut, tiga cedera dalam serangan bom di Kampala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan bom di Kampala, Uganda.

Lapor BBC, letupan yang berlaku di sebuah bar pada Sabtu lalu, mengakibatkan seorang pelayan wanita berusia 20 tahun terbunuh dan mencetuskan keadaan panik dalam kalangan pelanggan.

Menurut polis, tiga suspek pengebom menyamar sebagai pelanggan sebelum meletakkan bahan letupan itu di bawah meja.

Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan bom tersebut.

Letupan itu berlaku seminggu selepas kerajaan United Kingdom (UK) mengeluarkan amaran mengenai keganasan di Uganda.

Kerajaan UK mengingatkan warga Britain yang tinggal di negara Afrika Timur itu bahawa kumpulan militan kemungkinan besar akan melakukan serangan.

Kerajaan UK juga menasihatkan mereka untuk lebih berhati-hati di tempat awam termasuk restoran dan bar.

Dilaporkan, polis mengepung lokasi kejadian letupan itu.

Jurucakap polis, Fred Enange berkata, pengebom memesan makanan dan minuman di bar tersebut sebelum meletakkan beg plastik yang mengandungi bahan letupan di bawah meja.

Letupan itu berlaku sejurus selepas mereka meninggalkan bar tersebut.

Menurut Enange, pasukan penyiasat menemukan paku dan serpihan logam lain.

Beliau percaya letupan itu disebabkan oleh alat peledak dipertingkatkan (IED). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya