Rusia uji cuba vaksin Sputnik V melalui semburan hidung - Utusan Malaysia

Rusia uji cuba vaksin Sputnik V melalui semburan hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia akan melakukan percubaan vaksin Sputnik V melaui kaedah semburan hidung terhadap sukarelawan dewasa.

Berdasarkan dokumen yang diterbitkan oleh daftar ubat-ubatan negeri, semburan di hidung itu perlu dilakukan sebanyak dua kali di klinik St Petersburg.

Bagaimanapun, jadual masa ujian klinikal itu belum ditetapkan, lapor Reuters.

Pihak berkuasa Rusia memaklumkan, vaksin semburan hidung sangat sesuai bagi kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun.

Produk baharu itu akan dilancarkan September tahun depan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, negara itu perlu mempercepatkan program vaksinasi Covid-19 ketika negara itu merekodkan bilangan kematian tertinggi sejak pandemik bermula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya