Rusia, China lakukan rondaan di Lautan Pasifik - Utusan Malaysia

Rusia, China lakukan rondaan di Lautan Pasifik

KAPAL perang Rusia dan China melakukan rondaan bersama pertama di Lautan Pasifik. – KEMENTERIAN PERTAHANAN RUSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kapal perang Rusia dan China dilaporkan melakukan rondaan bersama buat kali pertama di bahagian barat Lautan Pasifik.

Kementerian Pertahanan Rusia menerusi kenyataan memaklumkan rondaan bersama itu dijalankan dari 17 hingga 23 Oktober lalu.

“Kumpulan kapal itu melalui Selat Tsugaru buat kali pertama sebagai sebahagian daripada rondaan. Selat itu dianggap sebagai perairan antarabangsa.

“Antara tugas rondaan itu adalah mempamerkan bendera Rusia dan China serta menjaga keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

“Selain itu, menjaga aktiviti ekonomi maritim kedua-dua negara,” jelas kementerian pertahanan Rusia.

Dilaporkan, pergerakan tentera laut itu diawasi dengan rapi oleh Jepun.

Menurut Jepun, sebanyak 10 kapal dari China dan Rusia berlayar melalui Selat Tsugaru yang memisahkan pulau utama dan pulau utara Hokkaido, awal minggu ini.

Sebelum ini, Moscow dan Beijing pernah menjalankan latihan ketenteraan di Laut Jepun pada awal bulan ini.

Rusia dan China menjalinkan hubungan ketenteraan dan diplomatik yang lebih erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ketika hubungan kedua-dua negara itu dengan Barat semakin buruk. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya