Puteri Mako pilih rakyat biasa jadi pasangan hidup - Utusan Malaysia

Puteri Mako pilih rakyat biasa jadi pasangan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Puteri Mako hilang status diraja selepas melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hati dari zaman kolejnya, Kei Komuro.

Mako merupakan puteri sulung Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko di Jepun, lapor BBC.

Di bawah undang-undang Jepun, ahli keluarga empayar wanita kehilangan status mereka apabila berkahwin dengan ‘orang biasa’ sebaliknya tidak berlaku kepada golongan lelaki.

Mako juga sanggup meninggalkan segala keistimewaan seperti upacara perkahwinan diraja dan menolak bayaran yang ditawarkan apabila meninggalkan kehidupan istana.

Dia adalah ahli wanita pertama dalam keluarga diraja yang menolak kedua-dua tawaran tersebut.

Pasangan romantis itu dijangka berpindah ke Amerika Syarikat (AS).

Suaminya, Kei Komuro bekerja sebagai peguam.

Perkahwinan itu menyebabkan orang ramai menyamakan situasi pasangan itu seperti pasangan diraja, Putera Harry dan Meghan Markle sehingga mendapat jolokan nama pengantin baharu sebagai ‘Japan’s Harry and Meghan’.

Perkahwinan menggemparkan itu turut menyebabkan protes yang menentang perkara tersebut.

Mako dalam sidang akhbar sempat memohon maaf sekiranya dirinya menyusahkan pihak lain akibat perkahwinan tersebut.

“Saya minta maaf sekiranya menyebabkan pihak lain terkesan dan saya bersyukur kepada sesiapa yang masih memberikan sokongan,” tuturnya.

Komuro pula menjelaskan dia terlalu sayangkan Mako dan mahu menghabiskan seluruh hidupnya dengan kekasih hatinya.

“Saya cintakan Mako. Kita hanya mempunyai satu kehidupan dan saya mahu menghabiskan masa dengan orang yang tersayang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya