fbpx

3 Disember 2021, 4:07 pm

  TERKINI

Pulau Emas ditemukan di Sumatera

PATUNG Buddha besar bertatahkan batu permata dari abad kelapan yang bernilai jutaan pound ditemukan. – WRECKWATCH MAGAZINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah lokasi di Indonesia yang terkenal dengan khazanah emas, akhirnya ditemukan di Sumatera.

Lokasi yang merupakan sebahagian daripada cerita rakyat dan mitos itu dikenali sebagai Pulau Emas.

Lapor Daily Mail, sejak lima tahun lalu, sekumpulan nelayan menjelajah Sungai Musi berhampiran Palembang menemukan harta karun yang mengejutkan di kawasan tersebut.

Antara harta karun yang ditemukan adalah batu permata, cincin emas istiadat, syiling dan loceng gangsa sami Buddha.

Setakat ini, antara penemuan paling luar biasa merupakan patung Buddha bersaiz besar dan bertatahkan batu permata dari abad kelapan yang bernilai jutaan pound.

Dilaporkan, kesemua artifak berkenaan berasal dari peradaban Srivijaya yang merupakan sebuah kerajaan kuat antara abad ketujuh dan ke-13 yang hilang secara misteri seabad kemudian.

Seorang ahli arkeologi maritim dari Britain, Dr. Sean Kingsley menyifatkan penemuan itu sebagai amat menakjubkan.

“Penjelajah memburu Srivijaya hingga ke Thailand dan India, namun semuanya tidak bernasib baik.

“Malah di Palembang, ahli arkeologi gagal menemukan tembikar yang secukupnya untuk dibanggakan meskipun di sebuah kampung kecil.

“Srivijaya, kerajaan terakhir yang hilang di Bumi, telah menjaga rahsianya,” katanya.

Sumatera pada zaman dahulu dikenali sebagai Pulau Emas kerana kaya dengan emas dan sumber asli serta merupakan titik awal ketibaan untuk perdagangan di Asia Tenggara. –AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI