Polis Australia tawar RM3.1 juta untuk maklumat kanak-kanak hilang - Utusan Malaysia

Polis Australia tawar RM3.1 juta untuk maklumat kanak-kanak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menawarkan ganjaran wang berjumlah AU$1 juta (RM3.1 juta) bagi sebarang maklumat mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang hilang, dipercayai diculik sejak minggu lalu.

Cleo Smith dilaporkan hilang dari khemah keluarganya ketika menyertai aktiviti perkhemahan di Australia Barat pada awal pagi Sabtu lalu.

Kehilangan kanak-kanak itu menyaksikan pihak berkuasa melakukan operasi pencarian secara besar-besaran menerusi udara, darat dan lautan.

Selepas enam hari, usaha pencarian menemukan jalan buntu selepas polis tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai kehilangan Smith.

Jurucakap polis, Col Blanch berkata, pasti ada pihak yang tahu tentang kehilangan Smith dan mereka perlu beri maklumat segera.

Polis juga tidak menolak kemungkinan sebenarnya Smith diculik dari khemah ketika keluarganya sedang tidur.

Sehubungan itu, polis berharap kanak-kanak perempuan itu da[at ditemukan segera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.