Penumpang kapal terbang bantah syarat PCR - Utusan Malaysia

Penumpang kapal terbang bantah syarat PCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa pihak mempersoalkan mengenai syarat baharu yang dikenakan terhadap penumpang kapal terbang dengan melakukan ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) walaupun pernah menerima dua dos vaksin.

Langkah itu disifatkan tidak bersesuaian kerana hanya menyasarkan penumpang pengangkutan udara, sedangkan penumpang pengangkutan darat tidak dikenakan syarat tersebut, lapor CNN Indonesia.

Bekas Menteri Laut dan Perikanan, Susi Pudjiastuti menggesa harga ujian calitan tersebut tidak melebihi 275,000 rupiah (RM80).

Harga ujian calitan semasa adalah sebanyak 495,000 (RM144) bagi penduduk di Jawa-Bali, manakala, 525,000 rupiah (RM153) bagi penduduk di luar Jawa-Bali.

Susi memberi maklum balas mengenai kenyataan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Maharani yang meminta pihak pemerintah menjawab kebimbangan masyarakat berkaitan arahan Kementerian Dalam Negeri.

“Pertanyaan-pertanyaan masyarakat seperti itu perlu dijelaskan secara terang oleh pihak pemerintah,” kata Maharani.

Turut senada dengan perkara itu, Pesuruhjaya Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM), Beka Ulung Hapsara yang menjelaskan keperluan ujian PCR hanya membebankan penduduk kerana tidak semua laluan penerbangan mempunyai makmal untuk memproses keputusan dengan cepat.

Beliau malah berkata, kos melakukan ujian tersebut tidak mampu ditanggung oleh penduduk.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya