Penonton masukkan 456 won dalam nombor akaun Squid Game  - Utusan Malaysia

Penonton masukkan 456 won dalam nombor akaun Squid Game 

TANGKAP layar nombor akaun bank dalam Squid Game. - NETFLIX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pasukan produksi Squid Game terpaksa menutup akaun bank yang tertera dalam drama itu selepas menerima kiriman wang sebanyak 456 won (RM1.60).

Duit itu dipercayai dimasukkan oleh penonton drama kegilaan ramai yang merupakan akaun bank milik sutradara drama itu, Hwang Dong-Hyuk.

Dalam satu adegan, watak utama, Seong Gi Hun pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengeluarkan 10,000 won (RM35) daripada jumlah keseluruhan 45.6 bilion won (RM161 juta) yang dimenanginya.

Media Korea Selatan, Koreaportal melaporkan, nombor akaun bank dalam drama bersiri sememangnya wujud dan pasukan produksi meminta keizinan sebelum digunakan dalam penggambaran.

Squid Game mengisahkan tentang permainan tradisional warga Korea Selatan yang disertai individu yang mempunyai permasalahan dalam hidup seperti lambakan hutang dan gangguan emosi.

Drama bersiri itu turut trending di 83 negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya