Penggambaran filem Rusia makan masa 12 hari di ISS - Utusan Malaysia

Penggambaran filem Rusia makan masa 12 hari di ISS

KLIM Shipenko (atas), Yulia Peresild (tengah) dan Anton Shkaplerov sebelum berlepas di kemudahan pelancaran angkasa lepas, Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pelakon Rusia, Yulia Peresild selamat tiba di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selepas tiga jam melakukan penerbangan dari bumi.

Aktres berusia 37 tahun itu turut ditemani pengarah filem, Klim Shipenko serta angkasawan,  Anton Shkaplerov menaiki Soyuz MS-19 ke ISS, lapor Daily Mail.

Mereka menjalani latihan selama sebulan sebelum berlepas ke ruang angkasa, Selasa lalu.

Kapal angkasa lepas itu berlepas dari Kosmodrom Baikonur pada pukul 9.55 pagi (waktu tempatan) sebelum berlabuh di stesen angkasa lepas tiga jam kemudian.

Angkasawan terlatih itu turut bersedia dengan sebarang kontingensi termasuk keperluan mengambil alih operasi secara manual sekiranya sistem automatik gagal berfungsi.

Pelepasan itu merupakan pelancaran Soyuz pertama ke ISS yang membawa warga Rusia dan kapal pertama tanpa angkasawan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) sejak September 2015.

Shipenko dan Peresild akan meluangkan masa selama 12 hari di angkasa lepas bagi melakukan penggambaran yang turut disertai angkasawan Roscosmos di ISS sebagai pelakon tambahan.

Filem Challenge mengisahkan tentang seorang doktor yang tidak pernah mempunyai penglibatan dengan program angkasa lepas, namun, diterbangkan ke ISS bagi menyelamatkan nyawa angkasawan.

Pelakon Hollywood, Tom Cruise turut dikhabarkan akan ke ISS tahun depan sebagai sebahagian daripada projek bernilai AS$200 juta (RM836 juta) yang disokong oleh Elon Musk memiliki SpaceX dan NASA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya