Pembukaan kedai Squid Game di Paris bertukar menjadi ganas - Utusan Malaysia

Pembukaan kedai Squid Game di Paris bertukar menjadi ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Demam drama bersiri paling popular di dunia, Squid Game nampaknya belum berakhir.

Terkini dilaporkan pembukaan kedai Squid Game di Paris berakhir dengan kekecohan apabila pengunjung saling bersesak-sesak dan ada pelanggan memukul antara satu sama lain, lapor Daily Mail.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan pengunjung yang hendak memasuki premis itu terpaksa beratur sepanjang 213 meter, sebelum tiba-tiba ada individu lain datang menolak.

Tidak lama selepas itu, kekecohan berlaku dengan salah seorang pengunjung tiba-tiba memukul pelanggan lain sehingga menyebabkan orang lain panik.

Insiden itu berlaku di Rue d’Alexandrie ketika premis itu memasuki pembukaan hari kedua.

Punca kekecohan tersebut belum dapat dikenal pasti sehingga sekarang.

Namun, ketegangan itu mungkin disebabkan pengunjung yang terpkasa beratur sehingga berjam-jam.

Premis Squid Game itu dibuka hanya selama dua hari dari 2 hingga 3 Oktober lalu.

Dalam kedai tersebut, pengunjung boleh merasai sendiri permainan yang terdapat dalam drama bersiri itu tanpa perlu rasa takut dibunuh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.