Pasangan pengantin naik periuk besar redah banjir ke lokasi perkahwinan - Utusan Malaysia

Pasangan pengantin naik periuk besar redah banjir ke lokasi perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COCHIN: Sepasang pengantin di Kerala terpaksa menaiki periuk besar mengharungi banjir untuk menuju ke lokasi perkahwinan mereka di selatan India.

Lapor BBC, Akash dan Aiswarya yang merupakan petugas kesihatan, bertekad untuk meneruskan perkahwinan mereka di kampung Thalavady di Kerala selepas kawasan itu dilanda banjir.

Beberapa gambar memaparkan kedua-dua pengantin tersebut menaiki periuk besar sambil meredah banjir, menjadi tular di laman media sosial.

Sebuah kuil kecil di Thalavady yang merupakan lokasi perkahwinan Akash dan Aishwarya, bersetuju untuk mengadakan upacara berkenaan.

Malah, sebahagian bangunan kuil itu juga dinaiki air ekoran hujan lebat.

Menurut Akash, dia berasa syukur majlis perkahwinan mereka berjalan lancar walaupun teknik menggunakan periuk besar itu dirancang pada saat akhir.

“Kami meminjam periuk masak yang besar dari kuil lain dan meminta beberapa lelaki mengiringi dan membawa kami ke lokasi perkahwinan,” katanya.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh di Kerala.

Dilaporkan, hujan lebat yang turun tanpa henti mengakibatkan air sungai melimpah sekali gus membanjiri kebanyakan kawasan.

Malah, bekalan elektrik terputus di beberapa pekan dan kampung di Kerala. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN