Nyanyi lagu patriotik depan khalayak ramai elak disaman - Utusan Malaysia

Nyanyi lagu patriotik depan khalayak ramai elak disaman

POLIS menahan pasangan kekasih yang tidak memakai pelitup muka di Karanganyar, Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARANGANYAR: Sepasang kekasih memilih untuk menyanyikan lagu memperingati lambang negara Indonesia, iaitu Garuda Pancasila di khalayak ramai bagi mengelak disaman akibat tidak memakai pelitup muka.

Dalam kejadian yang berlaku di Pasar Tawangmangu, pasukan polis melakukan rondaan dan memberhentikan motosikal yang dinaiki pasangan kekasih tersebut.

Hal ini kerana, motosikal tersebut tidak mempunyai nombor plat dan mereka juga tidak mengenakan pelitup muka.

Anggota polis, Diki memberitahu, dia memberi pilihan kepada pasangan itu sama ada disaman atau menyanyikan lagu Garuda Pancasila.

“Mereka memilih untuk nyanyi lagu tersebut dan saya minta mereka lakukannya dengan penuh semangat dan suara yang kuat,” katanya.

Pasangan itu diarahkan menghadap orang ramai dan mula menyanyi, walaupun mereka tidak ingat sepenuhnya lirik lagu berkenaan.

Jelas Diki, pasangan itu kemudiannya ditunjukkan lirik lagu tersebut dan diminta menyanyikannya dengan betul.

“Kami meminta mereka menyanyikannya sebanyak tiga kali kerana tidak hafal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.