Najib janji selesaikan kemelut di Lubnan - Utusan Malaysia

Najib janji selesaikan kemelut di Lubnan

PELAMPAU gerakan Syiah Hezbollah dan Amal berbalas tembakan dengan tentera kerajaan di Tayouneh, Beirut.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menegaskan insiden keganasan di negara itu adalah satu bentuk kemunduran dan berjanji akan menyelesaikan kemelut itu segera.

Najib berkata demikian kepada Reuters selepas demonstrasi anjuran gerakan Syiah Hizbullah dan Amal yang menyebab Beirut bertukar menjadi medan perang sehingga menyebabkan enam orang terbunuh.

“Lubnan akan melalui fasa yang sukar. Kami ibarat pesakit di wad kecemasan.

“Selepas ini, kami perlu melalui banyak fasa pemulihan,” katanya.

Pihak berkuasa terpaksa mengerahkan kereta kebal bagi berdepan pertempuran senjata api di kota Lubnan oleh golongan Syiah.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berpakaian serba hitam berkumpul di jalanan bagi menuntut pemecatan ketua penyiasat insiden letupan dahsyat di pelabuhan Beirut, Tarek Bitar, tahun lalu.

Beliau menjadi perhatian parti Hezbollah dan Amal kerana mendesak sebilangan pemimpin kanan negara itu dipecat berhubung insiden letupan tersebut.

Kematian turut menyebabkan seorang wanita berusia 24 tahun yang terkena peluru sesat di kepala ketika berada di dalam rumahnya, di pinggir bandar selatan Beirut.

Wartawan yang berada berdekatan kawasan pergolakan turut mendengar bunyi tembakan kuat.

Televisyen Lubnan menyiarkan gambar seorang lelaki membawa senapang dan senjata berat.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya