Misteri pelajar lahirkan bayi angkara 'makhluk halus' terjawab - Utusan Malaysia

Misteri pelajar lahirkan bayi angkara ‘makhluk halus’ terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Misteri seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Madiun, Jawa Timur melahirkan bayi akhirnya terjawab.

Detik melaporkan, sebelumnya, nenek pelajar perempuan itu mendakwa cucunya hamil angkara perbuatan makhluk halus.

Bagaimanapun polis memberitahu, pihaknya sudah mendapatkan jawapan mengenai ‘misteri’ berkenaan.

Ketua Polis Madiun, Juri Leonard Siahaan berkata, bapa kepada bayi yang dilahirkan pelajar itu adalah bapa tirinya, berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Hasil DNA menunjukkan semuanya ini ‘angkara’ bapa tiri pelajar itu,” katanya.

Menurut Juri, bapa tiri pelajar itu yang berusia 39 tahun mengaku merogol mangsa beberapa kali.

“Oleh itu, kenyataan nenek bahawa dia (cucunya) mengandung angkara hantu tidak masuk akal,” kata Juri.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Madiun, Ryan Wira Raja Pratama pula berkata, suspek kini ditahan oleh polis Madiun.

Ryan menambah, sebelum ini polis mengambil tiga sampel DNA iaitu bapa kandung, bapa tiri mangsa dan bayi yang dilahirkan oleh pelajar tersebut.

Pendedahan kes rogol itu dibuat berdasarkan laporan bapa kandung pelajar sekolah menengah itu kerana mangsa yang berusia 14 tahun tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya