Masjidilharam mula beroperasi dengan kapasiti penuh - Utusan Malaysia

Masjidilharam mula beroperasi dengan kapasiti penuh

PETUGAS di Masjidilharam menanggalkan pelekat yang mengingatkan orang ramai supaya menjaga jarak ketika solat sebelum ini. - ARAB NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Masjidilharam bersedia untuk menerima kehadiran pengunjung dalam kapasiti penuh ketika kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan beberapa peraturan Covid-19.

Ketua Setiausaha Agung Pengurusan Masjidilharam, Dr. Saad Mohammed al-Muhaimi berkata, satu pelan sudah dilaksanakan bagi membolehkan masjid itu beroperasi pada kapasiti penuh dan pada masa sama memastikan keselamatan para jemaah.

Katanya, para pengunjung ke Masjidilharam masih perlu memakai pelitup muka dan membuat tempahan untuk menunaikan umrah menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna.

Selain itu, pengunjung Masjidilharam juga boleh menunaikan solat tanpa penjarakan sosial selepas petugas menanggalkan pelekat yang mengingatkan orang ramai supaya menjaga jarak sebelum ini.

Orang ramai juga tidak perlu menjaga penjarakan sosial dalam pengangkutan awam, restoran, panggung wayang serta pusat beli belah.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi mandatori di kawasan terbuka, kecuali di beberapa lokasi termasuk Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN