Maria Wattel dinamakan ahli bina badan wanita tertinggi dunia - Utusan Malaysia

Maria Wattel dinamakan ahli bina badan wanita tertinggi dunia

MARIA Wattel - REKOD DUNIA GUINNESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang atlet dari Belanda yang mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 5 kaki dan 11.92 inci atau 182.68 sentimeter (cm) diisytiharkan sebagai ahli bina badan wanita paling tinggi di dunia.

Lapor portal UPI, Maria Wattel, 41, menerima pengiktirafan itu daripada Rekod Dunia Guinness baru-baru ini.

Kata wanita itu, rakannya, Oliver Richard mengalakkan kepadanya untuk memohon Rekod Dunia Guinness selepas Richard dinamakan sebagai sebagai ahli bina badan lelaki paling tinggi di dunia.

Menurut Wattel, dia mula berkecimpung dalam dunia bina badan sejak berusia 19 tahun lagi.

Katanya, dia mula menyertai pertandingan bina badan pada Mac 2005.

“Penganjur sering mengalami kesukaran untuk menempatkan saya dalam kategori disebabkan ketinggian saya yang luar biasa.

“Saya dinilai berdasarkan keadaan genetik yang tidak dapat dielakkan, ketinggian badan,” katanya.

Wattel menyifatkan rekod dunia yang diterima itu sebagai pengiktirafan tertinggi dalam kerjaya bina badannya.

“Bagi saya, menerima pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness merupakan satu kejutan besar dalam kehidupan saya.

“Sebagai wanita yang mempunyai kerjaya sebagai ahli bina badan dan memiliki ketinggian luar biasa merupakan sesuatu yang amat sukar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya