Majlis Ulama bantah nama jalan Ataturk, sakiti hati umat Islam - Utusan Malaysia

Majlis Ulama bantah nama jalan Ataturk, sakiti hati umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Cadangan menggantikan nama jalan di kawasan Menteng, Jakarta Pusat dengan pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk mendapat bantahan pelbagai pihak.

CNN Indonesia melaporkan, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) membantah keras cadangan meletakkan nama jalan Ataturk di Jakarta.

Mereka menegaskan cadangan itu sebagai suatu kekeliruan kerana Ataturk adalah tokoh yang merugikan Islam.

Malah MUI menyebut Ataturk adalah tokoh yang memiliki pemikiran sesat.

“Jadi Mustafa Kemal Ataturk ini adalah seorang tokoh yang kalau dilihat daripada fatwa MUI adalah orang yang pemikirannya sesat dan menyesatkan,” jelas Naib Ketua Umum MUI, Anwar Abbas.

MUI pernah mengeluarkan fatwa mengenai pluralisme, liberalisme dan sekularisme agama pada 2015 yang menegaskan ajaran berkenaan adalah fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Menurut MUI, Ataturk dinilai banyak melakukan hal yang bertentangan dengan ketentuan al-Quran dan sunnah.

Anwar berkata, langkah kerajaan yang mahu mengabadikan nama Ataturk sama dengan menyakiti hati umat Islam Indonesia.

Sementara itu, Ketua Dewan Pimpinan Wilayah (DPW) PKS Jakarta, Khoirudin mahu pemerintah membatalkan rancangan tersebut.

Cadangan nama jalan Ataturk di kawasan Menteng sebelumnya disampaikan Duta Besar Indonesia di Ankara, Muhammad Iqbal sebagai kesepakatan antara kerajaan kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya