fbpx

8 Disember 2021, 3:17 pm

  TERKINI

Lelaki makan burger McDonald hampir setiap hari selama 20 tahun

DAVID Geyer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dari Jerman dilaporkan memakan burger McDonald hampir setiap hari selama lebih 20 tahun.

Lapor Suara.com, David Geyer dari Bergheim menghabiskan ribuan dolar untuk membeli burger dan barangan kegemarannya dari restoran terkenal itu.

Menurut Geyer, dia ketagih dengan McDonald sejak mengunjungi restoran makanan segera itu pada tahun 1997.

Jelasnya, dia sudah membelanjakan kira-kira 5,000 euro (RM24,157) untuk barangan McDonald dan 40,000 euro (RM193,257) bagi makanan dibelinya di restoran itu selama ini.

Malah, katanya, dia boleh makan sehingga 12 hidangan makanan segera dalam tempoh seminggu.

“Lelaki ini bahkan mempunyai tatu gambar burger dan kentang goreng McDonald di kakinya,” jelas laporan itu.

Geyer turut memenuhi rumahnya dengan pelbagai memorabilia menarik dari restoran makanan segera itu termasuk tanda sementara McDonald dan kad menu hidangan.

“McDonald sudah menjadi sebahagian kehidupan saya selama beberapa tahun.

“Saya juga mempunyai tatu makanan McDonald kerana merasakan ia turut menjadi sebahagian identiti saya,” katanya.

Jelas Geyer, dia sudah makan lebih 4,360 burger McDonald selama ini.

Katanya, dia tidak pernah memesan hidangan makanan sama berulang kali kerana ia amat membosankan. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI