fbpx

8 Disember 2021, 2:55 pm

  TERKINI

Lelaki dakwa terkena najis dibuang pesawat dari udara

PESAWAT di ruang udara Ariel Sharon Park, Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki membuat aduan kepada majlis perbandaran tempatan selepas mendakwa kapal terbang membuang sisa kumbahan najis penumpang di ladang miliknya di Windsor. 

Lapor Mirror, mangsa, Karen Davies dari Windsor memaklumkan perkara itu menerusi forum penerbangan Royal Borough of Windsor and Maidenhead

Difahamkan, kejadian berlaku pertengahan Julai lalu, sehingga mendapat perhatian ahli majlis, John Bowden.

“Saya tahu sejumlah insiden berlaku setiap tahun melibatkan sisa kumbahan beku dari pesawat, tetapi sisa kumbahan kali ini tidak dibekukan dan seluruh ladang mangsa dipenuhi najis dengan cara yang sangat tidak menyenangkan.

“Lelaki itu berada di ladang ketika itu dan terpaksa mengalami pengalaman yang sangat teruk. Diharapkan, perkara itu tidak berlaku lagi kepada mana-mana penduduk,” jelas Bowden. 

Tandas dalam pesawat kebiasaannya menyimpan tangki khas sisa kumbahan najis dan dilupuskan selepas pendaratan. 

Semasa kejadian, cuaca panas menyebabkan najis itu ‘keluar lebih lancar’ di ladangnya. 

Kejadian seseorang ditimpa najis dari pesawat dianggap sebagai ‘satu dari bilion’ penduduk kerana peristiwa itu sangat jarang berlaku di dunia. 

POPULAR

KOSMO! TERKINI