Lelaki bersenjata bunuh tiga orang awam di Kashmir - Utusan Malaysia

Lelaki bersenjata bunuh tiga orang awam di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: Sekumpulan lelaki bersenjata anti-India disyaki membunuh tiga orang awam dalam kejadian tembakan di lokasi berasingan di wilayah Kashmir ditadbir India.

Menurut polis, dua lelaki iaitu pemilik farmasi terkemuka dan seorang peniaga tepi jalan dilaporkan terbunuh dalam tempoh sejam di Srinagar.

Jelas polis, setengah jam kemudian, seorang lelaki lain terbunuh dalam cara yang sama di daerah Shahgund, utara Srinagar.

Dilaporkan, pasukan keselamatan menutup dua lokasi kejadian tembakan itu dan sedang memburu suspek yang melakukan serangan tersebut.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbaharu itu.

Serangan itu berlaku empat hari selepas suspek disyaki anggota militan membunuh dua penduduk di Srinagar.

Kumpulan pemberontak baharu dikenali sebagai The Resistance Front mendakwa melakukan serangan tersebut.

Menurut kumpulan itu, dua orang yang dibunuh itu bekerja untuk pasukan keselamatan India yang memerangi pemberontakan di wilayah Himalaya selama tiga dekad lalu.

Sejak Ogos, sekurang-kurangnya 12 orang awam dan polis dibunuh oleh suspek disyaki kumpulan pemberontak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya