Lari dari penjara Israel, enam tahanan Palestin didakwa di mahkamah - Utusan Malaysia

Lari dari penjara Israel, enam tahanan Palestin didakwa di mahkamah

LUBANG yang digali enam tahanan Palestin di sebuah penjara Israel di Gilboa. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Enam tahanan Palestin yang ditahan semula selepas melarikan diri dari sebuah penjara Israel, September lalu, didakwa secara rasmi hari ini, jelas Kementerian Kehakiman Israel.

Mereka dituduh melarikan diri dari Penjara Gilbao.

Hukuman maksimum atas dakwaan itu adalah tambahan tujuh tahun penjara.

Dalam pada itu, lima lagi didakwa atas kesalahan membantu keenam-enam tahanan itu melarikan diri.

Enam tahanan, semuanya penduduk Jenin di Tebing Barat, melarikan diri dengan menggali terowong di bawah sink.

Salah seorang daripada mereka, Mahmud Abdullah Ardah mengatakan, dia menggunakan sudu, piring dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong.

Mereka yang disambut sebagai pahlawan oleh Palestin – ditahan semula semasa operasi besar-besaran Israel.

Selain Ardah, turut ditahan semula adalah Zakaria Zubeidi yang merupakan dalang kepada tindakan itu.

Empat yang lain adalah Ayham Kamamji, Munadel Infeiat, Yaqub Qadri dan Mohammad Ardah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN