Lagi letupan masjid di Afghanistan, berlaku ketika solat Jumaat - Utusan Malaysia

Lagi letupan masjid di Afghanistan, berlaku ketika solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dan 53 cedera dalam satu insiden letupan di sebuah masjid di Kandahar, hari ini.

Menurut seorang petugas perubatan, letupan itu berlaku ketika solat Jumaat berlangsung.

“Setakat ini, 32 maut dan 53 cedera dengan sebahagian mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital,” katanya tanpa mendedahkan identiti.

Punca kejadian belum diketahui dan berlaku seminggu selepas letupan di sebuah masjid di bandar Kunduz.

Beberapa saksi memaklumkan, mereka terdengar bunyi tiga letupan dengan satu daripadanya berlaku di pintu masuk utama masjid.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Afghanistan, Qari Sayed Khosti menerusi Twitter menzahirkan rasa sedih berhubung kejadian tersebut.

“Pihak berkuasa sudah tiba di lokasi kejadian dan akan menyiasat punca serta mencari dalang yang melakukannya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya