Labah-labah mirip gaya Elton John - Utusan Malaysia

Labah-labah mirip gaya Elton John

LABAH-LABAH yang ditemukan di Queensland memiliki ciri menyerupai gaya Elton John. – FACEBOOK ADRIAN PEARCE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu video memaparkan seekor labah-labah yang memiliki ciri menyerupai gaya penyanyi legenda, Elton John menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Daily Mail, video labah-labah yang dimuat naik dalam Facebook peminat araknid itu berjaya menarik perhatian sejumlah besar warganet.

Dalam video tersebut, labah-labah kecil itu kelihatan seperti memakai cermin mata hitam yang bulat di
bawah rambut palsu sambil membuat pergerakan seolah-olah sedang bermain piano.

Seorang pengguna media sosial menggelar serangga itu sebagai labah-labah betina jenis White-banded House Jumper atau spesies Maratus scutulatus.

Spesies itu hanya boleh dijumpai pada kulit pokok, daun hijau serta permukaan semula jadi lain di pantai
timur Australia.

Adrian Pearce yang merakam video serangga itu menyatakan dia menemukan labah-labah berkenaan
di Horse Camp, barat Bundaberg, Queensland.

Saiz labah-labah betina Maratus scutulatus biasanya mencapai kira-kira 7 milimeter (mm) manakala spesies jantan pula lebih kecil iaitu 5mm.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial menyifatkan labah-labah itu kelihatan amat comel.

“Ia mirip seperti Elton John sekiranya beliau dilahirkan semula menjadi labah-labah,” kata seorang lagi
pengguna. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN