Kes Covid-19 melepasi angka 5,000, Singapura lakukan siasatan menyeluruh - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 melepasi angka 5,000, Singapura lakukan siasatan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura melakukan siasatan menyeluruh mengenai ‘lonjakan luar biasa’ kes jangkitan Covid-19.

Kementerian Kesihatan memberitahu, kes jangkitan meningkat kepada 5,324 kes semalam, berbanding 3,277 kes, kelmarin.

Arab News melaporkan, 10 kematian dicatatkan semalam dengan kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) menghampiri 80 peratus.

“Jumlah jangkitan luar biasa tinggi.

“Kementerian Kesihatan sedang mengkaji lonjakan luar biasa dalam kes, dan memantau dengan teliti trend untuk beberapa hari akan datang,” tambahnya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya