fbpx

Kapal terbalik di Congo, 100 penumpang dikhuatiri mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONGO: Lebih 100 individu dipercayai mati atau hilang selepas kapal yang dinaiki terbalik sebelum tenggelam di sungai Congo.

Berita itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa Republik Demokratik Congo, hari ini.

Sebanyak 51 mayat sudah dijumpai semalam selepas kapal itu tenggelam malam Selasa lalu, manakala, 69 penumpang dipercayai masih hilang.

Jurucakap Gabenor wilayah Mongala, Nestor Magbado berkata, seramai 39 penumpang lain terselamat dalam nahas itu.

Katanya, jumlah penumpang yang hilang itu adalah berdasarkan anggaran kapasiti kapal tersebut.

Jelasnya, kapal itu sebenarnya adalah gabungan sembilan kayak kayu tradisional dikenali sebagai pirogues.

“Kemalangan itu mungkin berpunca akibat kesesakan yang teruk akibat cuaca buruk pada waktu malam.

“Punca kejadian belum jelas sehingga dilaporkan oleh pihak media semalam dan disahkan oleh pihak berkuasa hari ini,” katanya.

Proses mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan harapan menemukan lebih ramai mangsa terselamat.

Pihak berkuasa mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung bermula Isnin depan.-AFP

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI