Junta tentera Myanmar halang Utusan Khas ASEAN jumpa Suu Kyi - Utusan Malaysia

Junta tentera Myanmar halang Utusan Khas ASEAN jumpa Suu Kyi

KONFLIK di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Junta tentera Myanmar tidak akan membenarkan Utusan Khas ASEAN, Erywan Mohd. Yusof bertemu Aung San Suu Kyi yang kini menjalani hukuman tahanan rumah.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap junta tentera Myanmar, Zaw Min Tun menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, lapor Reuters.

Erywan tidak dibenarkan bertemu pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan.

Bagaimanapun, beliau tidak menghalang utusan khas tersebut mengunjungi Myanmar.

Min Tun menegaskan sistem perundangan Myanmar yang adil dan bebas akan menangani kes Suu Kyi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika junta tentera mendapat tekanan untuk mematuhi lima konsensus ASEAN.

Konsensus tersebut diterima oleh Pemimpin Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing dalam pertemuan ASEAN yang membahaskan konflik Myanmar di Jakarta, April lalu.

Sistem politik dan ekonomi Myanmar lumpuh sejak junta tentera merampas pentadbiran negara, 1 Februari lalu.

Junta tentera menggulingkan pentadbiran Suu Kyi dan menahannya sehingga sekarang dengan pelbagai pertuduhan.

Tentera Myanmar menuduh kononnya berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah NLD pimpinan Suu Kyi menang besar.

Pemilihan November lalu adalah pilihan raya demokratik kedua di Myanmar sejak negara itu keluar dari rejim pemerintahan diktator selama 49 tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya