Ibu bapa boleh disaman kalau anak tiru aksi Squid Game di sekolah - Utusan Malaysia

Ibu bapa boleh disaman kalau anak tiru aksi Squid Game di sekolah

Squid Game yang ditayangkan di Netflix mencetus fenomena di seluruh dunia.-NETFLIX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ibu bapa pelajar boleh disaman sekiranya anak mereka didapati meniru aktiviti Squid Game di sekolah.

Lapor Daily Mail, pihak sekolah memberi amaran tersebut supaya anak mereka tidak menonton drama bersiri popular dari Korea Selatan itu.

Jurucakap Sandown School di Deal berkata, pihaknya sentiasa memberikan nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai aspek keselamatan dalam talian serta bahaya menonton kandungan yang ‘tidak bersesuaian dengan peringkat umur’.

Langkah itu katanya sebagai respon terhadap drama yang ditayangkan di Netflix yang sarat dengan aksi keganasan.

“Sebagai respon terhadap tayangan drama itu, pihak sekolah memperuntukkan sesi pembelajaran ekstra mengenai ancaman bahaya dalam talian,” jelasnya.

Sekolah lain di kawasan sama, Goodwin Academy turut mengesahkan pasukan keselamatan menghantar surat mengenai kebimbangan peringkat usia yang menonton kandungan siri tersebut.

Ibu bapa yang tinggal di Deal menulis dalam media sosial memaklumkan mereka menerima surat dari dua sekolah rendah dan menengah yang memberikan amaran terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka menonton drama itu.

“Saya mula memikirkan surat yang lebih umum mengenai tanggungjawab ibu bapa mungkin lebih berguna seperti awasi penggunaan media sosial oleh anak-anak,” katanya.

Bapa penjaga lain pula menerusi Twitter berkata, ibu bapa boleh dikenakan hukuman sekiranya anak-anaknya yang bersekolah di Ilford, timur London bermain Squid Game versi mereka sendiri menerusi surat amaran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya