Gempa bumi kuat landa timur laut Taiwan - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat landa timur laut Taiwan

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Gempa bumi kuat dilaporkan melanda timur laut Taiwan hari ini, dengan penduduk melaporkan merasai gegaran kuat di ibu negara.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan meluas akibat bencana itu dikeluarkan.

Menurut biro cuaca pusat Taiwan, gempa bumi itu berukuran 6.5 skala Ritcher manakala Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menyatakan berada pada 6.2 skala Ritcher.

Gempa bumi itu melanda timur laut daerah Yilan pada pukul 1.11 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 67 kilometer (km).

Seorang wartawan AFP yang tinggal di Yilan memberitahu gegaran berlaku kira-kira 30 saat.

“Dinding rumah bergegar, rasa seperti gempa agak kuat,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN