HONG KONG: Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter melanda 93 kilometer ke selatan Koshima, Jepun pada pukul 2.32 GMT hari ini.
Bernama memetik agensi berita Xinhua melaporkan, pusat gempa dengan kedalaman 29.03 kilometer itu direkodkan pada 29.3986 darjah utara dan 130.6922 darjah timur.










