FDA lulus suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak 5-11 tahun - Utusan Malaysia

FDA lulus suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak 5-11 tahun

DUA kanak-kanak menjalani ujian calitan Covid-19 di Sekolah Rendah Brandeis di Kentucky.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan suntikan vaksin Covid-19 pertama bagi kanak-kanak lebih muda di AS.

Bagaimanapun, suntikan itu belum disediakan lagi dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS masih memerlukan nasihat mengenai kaedah suntikan tersebut yang akan diputuskan selepas kumpulan penasihat luar mengadakan perbincangan, Selasa depan.

Menurut Pfizer, pihaknya akan mula menghantar botol vaksin pediatrik ke farmasi, pejabat pakar pediatrik dan tempat lain yang boleh melakukan suntikan.

Keputusan FDA itu menjadikan vaksin tersedia kepada 28 juta kanak-kanak AS yang kebanyakan daripada mereka sudah kembali ke sekolah.

Keputusan itu dibuat selepas panel penasihat kepada pengawal selia mengundi secara besar-besaran untuk mengesyorkan kebenaran itu, Selasa depan.

Hanya beberapa negara termasuk China, Cuba dan Emiriah Arab Bersatu meluluskan vaksin Covid-10 bagi kanak-kanak dalam kategori umur tersebut.

FDA meluluskan suntikan dos 10 mikrogram vaksin Pfizer bagi kanak-kanak, iaitu lebih kurang berbanding 30 mikrogram bagi kanak-kanak berusia 12 tahun keatas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya