Dua tren LRT Jakarta bertembung ketika ujian laluan - Utusan Malaysia

Dua tren LRT Jakarta bertembung ketika ujian laluan

TREN LRT Jabodebek yang sedang dalam proses ujian bertembung di Cibubur, Jakarta Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dua tren LRT Jabodebek di bahagian jejantas seksyen Munjul, Cibubur, Jakarta Timur yang sedang menjalani uji cuba bertembung dan polis memaklumkan kejadian itu sebagai kemalangan kerja.

CNN Indonesia melaporkan, jurucakap Polis Daerah Metro Jaya, Argo Wiyono berkata, kejadian semalam itu melibatkan gerabak kosong yang dalam proses ujian.

Beliau memberitahu, perkara itu diserahkan ke[ada Unit Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Perhubungan Awam PT INKA, Advin Hidayat memberitahu, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Seorang pemandu cedera ringan dan kini dirawat di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN