Dua kereta terbenam dalam lubang paip air panas - Utusan Malaysia

Dua kereta terbenam dalam lubang paip air panas

KEADAAN dua kenderaan yang terbenam dalam lubang di jalan raya di Novosibirsk, Rusia.-TASS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Dua buah kereta terbenam dalam satu lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di sebatang jalan raya di Novosibirsk, Rusia.  

Kejadian melibatkan sebuah kereta Toyota Corolla Spacio dan Nissan Juke yang dipercayai diletakkan di luar kawasan pusat perniagaan sebelum lubang tersebut mendap. 

Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, lapor agensi berita tempatan, NGS. 

Lubang itu terbentuk selepas paip air panas di bawah tanah pecah di lokasi kejadian. 

Saluran paip air itu membekalkan air panas ke setiap isi rumah dan pejabat semasa musim sejuk melanda. 

Insiden itu menyebabkan bekalan air ke 21 blok pangsapuri dan tiga hospital berdekatan terputus. 

Bulan lalu, kemalangan serupa berlaku di bandar tersebut melibatkan bas dan trak.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya