Curi 3 paket gajus, lelaki dihukum sebat 40 kali - Utusan Malaysia

Curi 3 paket gajus, lelaki dihukum sebat 40 kali

GAMBAR hiasan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Seorang lelaki di Iran dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan 40 sebatan selepas ditangkap mencuri tiga paket gajus.

Kes itu terbongkar selepas agensi berita, Fars melaporkan mengenai hukuman dijatuhkan kepada lelaki berusia 45 tahun.

Agensi berita itu menyifatkan keputusan mahkamah tersebut mengejutkan dan menunjukkan ketidakseimbangan.

Fars juga meminta mahkamah menjelaskan atau mengubah keputusan dikenakan terhadap bapa tiga anak itu.

Sementara itu, agensi kehakiman Mizan Online mengumumkan suruhanjaya khas akan ditubuhkan di wilayah Qom untuk mengkaji tahap kesalahan.

“Suruhanjaya akan cuba menggunakan undang-undang untuk mengurangkan hukuman,” jelas Mizan Online seperti dilaporkan Times Of Israel.

Menurut badan kehakiman, lelaki itu pernah dipenjarakan selama setahun atas kesalahan mencuri pada 2019 namun hukuman tersebut digantung kerana barangan dicuri sudah dipulangkan semula.

Keputusan itu mendapat kritikan hebat warganet di laman media sosial.

Tambah Fars, keputusan mahkamah adalah muktamad memandangkan tiada rayuan dibuat.

Jelas agensi berita itu, nama dan lokasi lelaki itu menjalani hukuman tidak didedahkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya